Wednesday, January 1, 2014

sinarharian
16 Disember 2012
MANAMA - Arab Saudi menetapkan hukuman 30 sebatan terhadap suami yang memukul isteri mereka hingga meninggalkan kesan di anggota badan dan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 10 hari serta menyertai latihan merawat kecederaan juga selama 10 hari.

Hakim mahkamah di Al Qatif di Wilayah Timur Arab Saudi berkata, sebatan akan dilakukan di khalayak ramai, manakala perkhidmatan komuniti perlu dilakukan di selama tiga jam sehari di hospital di bandar Dammam.

“Pesalah juga perlu menduduki peperiksaan bertulis pada akhir hukuman,” katanya.

Menurutnya, peperiksaan bertulis berkisar tentang rawatan sesuai yang perlu dilakukan oleh suami  terhadap isteri yang telah mereka cederakan. - Reuters

Categories: , , , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!