ROM - Seorang ahli perniagaan menempah patung seks yang mempunyai tubuh seperti bekas kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ahli perniagaan yang berumur 50 tahun itu membuat tempahan tersebut selepas kekasihnya bertindak memutuskan hubungan dengannya.
Ekoran diselubungi kekecewaan, ahli perniagaan itu sanggup membayar sebanyak AS$23,107 (RM72,673) kepada pembuat patung, Diego Bortolin untuk mencipta patung seks itu.
Diego mencipta patung itu di kilang belakang kedainya di Treviso, Itali.
"Patung itu merupakan gadis berwarna perang tetapi dia mahu payu dara yang lebih besar dan bahagian belakang yang melentik," katanya.Dia berkata, patung-patung yang dikeluarkan oleh kilangnya seperti manusia sebenar.
Bortolin menjelaskan, patung yang dibuat itu amat mahal kerana tubuhnya perlu dibuat mirip bekas kekasih ahli perniagaan tersebut seperti kuku dan gigi.
"Beberapa orang menyatakan patung itu ganjil tetapi dia kini merupakan patung wanita paling sempurna yang pernah saya lihat," katanya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment