Salam 1 Malaysia,
Mengikut kenyataan yang dikemukakan oleh Bank Dunia iaitu menyatakan bahawa dunia bakal berdepan krisis hutang yang bahaya. Ini sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan yang mendalam pada ekonomi dunia. Perkara seperti ini seharusnya tidak boleh dipandang ringan. Baca berita selanjutnya:-
SYDNEY: Ketua Bank Dunia semalam memberi amaran, ekonomi global berdepan dengan ancaman “baru dan lebih berbahaya” ketika Eropah dilanda krisis hutang.
Robert Zoellick berkata, isu hutang yang membelenggu Eropah jauh lebih sukar berbanding masalah “jangka sederhana dan panjang” yang memperlihatkan taraf bebas kredit AS diturunkan pada minggu lalu.
“Kita berada di peringkat awal ribut baru dan berbeza. Ia tidak sama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya merujuk kepada krisis kewangan global ketika itu.
Zoellick memberikan pandangan itu dalam wawancara dengan wartawan akhbar Weekend Australian .
Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kata Zoellick, dunia bergerak memasuki fasa baru dan lebih berbahaya berbanding krisis yang pernah dialami sebelum ini.
Katanya, walaupun seseorang yang menanggung kurang hutang berbanding ketika krisis kewangan global sebelum ini tidak akan menerima kesan sama, ruang untuk menyelamatkan diri semakin sempit.
“Kebanyakan negara membangun menggunakan semua ruang fiskal dan melaksanakan dasar kewangan selonggar yang termampu,” katanya.
Menurut Zoellick, masalah hutang Eropah ketika ini boleh menimbulkan cabaran paling besar kepada ekonomi dunia walaupun masih ada harapan untuk Sepanyol dan Itali.
“Pengajaran daripada krisis 2008 ialah, semakin lewat anda bertindak, semakin banyak yang perlu anda lakukan.
“Tidak dapat dipastikan sama ada Eropah mampu mengatasi masalah yang membelenggu mereka,” katanya. - AFP
sumber : My Metro
0 comments:
Post a Comment