Thursday, December 19, 2013


SEBIJI batu berlian jingga terbesar di dunia bakal dilelong minggu depan di Switzerland, dijangkakan menerima bidaan €14 juta hingga €16 juta Euro.

Menurut penganalisis lelongan awam, batu berlian berwarna jingga adalah yang paling jarang ditemui.

“Ia adalah satu kecantikan sejati, dengan warna jingga itu ia kelihatan bercahaya apabila dipancar cahaya pada mana-mana bahagian batu berlian itu,” kata Jean-Marc Lunel, Ketua Bahagian Barang Kemas di Syarikat Lelong Christie di Geneva.

Dilabelkan sebagai “Berlian Jingga Paling Jelas Ukirannya Di Dunia” ia bersaiz 14.82 karat dan ia sebesar satu biji badam.

Berlian jingga istimewa itu ditemui di Afrika Selatan, dan nama penjualnya enggan didedahkan oleh syarikat lelongan berkenaan.

Berlian tulen berwarna jingga turut dikenali sebagai “Berlian Api” terlalu istimewa kerana jarang ditemui dan terlalu sedikit batu mineral seumpama itu dilelong.

Jika ada lelongan pun, ianya tidak lebih daripada saiz enam karat berbanding berlian itu yang bersaiz jauh lebih besar.

Ia akan dilelong Selasa depan di dalam acara lelongan tradisi syarikat Christie dalam bulan November.
Keesokan harinya pula pada Rabu depan, syarikat pesaing Christie, Sotheby akan menjual berlian merah jambu sebesar 59.60 karat yang dijangka menerima bidaan $60 juta Dolar Amerika.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!